Tafsiran

a. 'Pakaian Rasmi' - pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar maktab.

b. 'Pakaian Pilihan' - pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab, dan semasa keluar ke bandar atau pulang ke rumah.

c. 'Pakaian Sukan & Permainan' - pakaian yang dipakai semasa menyertai acara-acara sukan, permainan dan riadah.

d. 'Pakaian Aktiviti Ko-Kurikulum' - pakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan.

e. 'Pakaian Pendidikan Jasmani' - pakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas pendidikan jasmani & kesihatan di luar bilik darjah.

f. 'Pakaian Waktu Prep' - pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahan.

g. 'Pakaian Outing' - pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan maktab sama ada ke keluar bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang bermalam atau cuti sekolah).

h. 'Tutup Kepala' - pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, tudung dan sebagainya.

i. 'Pakaian Solat Jumaat' - pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.


Gambarajah Etika Pakaian Pelajar MRSM Lenggong