Majlis solat hajat dan doa restu akan diadakan bagi mendoakan pelajar-pelajar PT3 & SPM yang akan menjelang tiba pada 09 Oktober (PT3) dan 06 November (SPM).

Sehubungan dengan itu, para tuan/puan/ibu bapa/penjaga dijemput hadir ke majlis ini bagi bersama-sama mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak pelajar kita.

Maklumat majlis doa restu & solat hajat ini adalah seperti berikut:

Majlis Doa Restu & Solat Hajat Pelajar PT3
Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat)
Masa :
6.30 petang (bermula dengan pendaftaran ibu bapa/penjaga)
Tempat : Surau Al-Muflihin MRSM Lenggong

Majlis Doa Restu & Solat Hajat Pelajar SPM
Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa :
10.00 pagi (bermula dengan solat dhuha)
Tempat : Surau Al-Muflihin MRSM Lenggong

Semoga dengan kehadiran tuan/puan/ibu bapa/penjaga, insyallah Allah S.W.T akan memudahkan urusan para pelajar PT3 & SPM dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 & SPM bagi tahun ini.