Pengenalan

Program sistem merit demerit ini merupakan satu bentuk penilaian dan pengukuran bagi menilai prestasi setiap homeroom. Ia merupakan satu bentuk pertandingan antara homeroom yang melibatkan prosedur pengumpulan markah merit dari pelbagai sumber seperti pencapaian akademik, ko kurikulum, aktiviti homeroom, penglibatan pelajar secara individu atau berkumpulan, khidmat masyarakat dan sebagainya.

Dalam usaha setiap homeroom mengumpul markah merit, mereka perlu berwaspada dengan disiplin mereka agar tidak dikenakan demerit atas segala kesalahan yang mereka lakukan.

Dengan adanya sistem merit demerit ini diharapkan agar para pelajar berupaya menjaga dan membentuk sahsiah diri serta keperibadian yang sentiasa cemerlang dan unggul seiring dengan penerapan nilai MRSM iaitu Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.

Kesungguhan dan kerjasama jitu daripada semua guru adalah amat dihargai dalam usaha memacu kecemerlangan pelajar MRSM Lenggong samada dalam bidang kurikulum, ko kurikulum dan sahsiah.

 

Ahli Jawatankuasa Merit Demerit


Format Penilaian Merit Demerit