Konsep Homeroom di MRSM Lenggong

Konsep homeroom di MRSM adalah konsep di mana setiap pelajar yang mendaftar di MRSM akan ditempatkan dalam satu kumpulan yang tidak melebihi dari 15 orang yang dibimbing oleh seorang guru penasihat. Kumpulan pelajar ini dianggap sebagai satu keluarga harmoni yang hidup saling memerlukan dan berkerjasama antara satu sama lain. Sebarang masalah boleh diselesai bersama sambil dibimbing dan dinasihat oleh guru homeroom masing-masing. Penasihat homeroom akan bertindak sebagai ibu bapa atau penjaga kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan di bawah seliaan.


Pelaksanaan homeroom ini adalah bertujuan untuk:

1. Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
2. Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan pelajar
3. Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah.


Senarai Homeroom di MRSM Lenggong


Jawatankuasa Homeroom di MRSM Lenggong
 

 Aktiviti Homeroom di MRSM Lenggong

1. Perjumpaan Homeroom 2 kali seminggu iaitu setiap Isnin, jam 3.30 pm & setiap Jumaat, jam 9.25 pagi.
2. Senamrobik setiap petang Isnin, jam 5.30 petang mengikut giliran tingkatan.
3. Menganjurkan pertandingan antara homeroom menerusi pemarkahan merit & demerit.
4. Menganjurkan pertandingan memasak antara homeroom semasa Minggu Aktiviti Semester 1 setiap tahun.
5. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah keharmonian antara homeroom dengan guru penasihat.
6. Mengadakan lawatan 'benchmarking' ke MRSM Transkrian untuk perkongsian ilmu pengurusan homeroom secara lebih efektif lagi.
7. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh memberi bimbingan dan panduan antara guru homeroom dengan anak homeroom.