Koperasi MRSM Lenggong yang dinamakan sebagai Koperasi MRSM Lenggong Berhad menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh warga maktab. Pelbagai jenis barangan ada dijual di sini merangkumi keperluan harian, makanan, minuman, utiliti, pakaian seragam, tali leher, samping, cadar, dan sebagainya.

Lokasi koperasi yang terletak di laluan utama dan di antara asrama lelaki dan asrama perempuan menjadikan ianya begitu strategik untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar. Koperasi MRSM Lenggong Berhad juga menyediakan ruang niaga untuk pelajar dan staf untuk menjalankan aktiviti perniagaan di hujung minggu.

Perkhidmatan dobi maktab turut disediakan oleh koperasi ini. Pelajar-pelajar boleh menghantar pakaian mereka mengikut giliran atau jadual penghantaran yang ditetapkan.