Dilahirkan pada 15 Disember 1972 di Bagai Serai, Perak. Memulakan kerjaya sebagai Guru MARA dalam bidang Kaunseling & Bimbingan di MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan pada tahun 1997 sehingga tahun 2006.

Kemudian pada tahun 2007, En. Zulfahmy telah berpindah ke MRSM Taiping sehingga Jun 2010. Di sini khidmat sumbangan En. Zulfahmy lebih mencabar kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pintar dan berintelektual. Seterusnya pada tahun 2010 juga, En. Zulfahmy telah berpindah ke MRSM Lenggong sehingga sekarang.

Pada tahun 2009, beliau berjaya memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Kaunselor dengan cemerlang. Kemudian diikuti dengan Pensijilan Bengkel Ujian Personaliti Sidek Noah Edisi Terbaru.

Dengan sifat beliau yang begitu rapat dan mesra dengan pelajar menjadikan En. Zulfahmy begitu aktif memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada warga pelajar MRSM Lenggong khususnya di kalangan pelajar-pelajar menengah rendah. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya.

Adalah menjadi harapan beliau selaku Kaunselor Pelajar di MRSM Lenggong agar seluruh warga anak didik MRSM Lenggong mampu memberikan suatu kebanggaan kepada warga MRSM Lenggong di dalam apa jua bidang yang diceburi pelajar. Semoga hasil usaha pihak Kaunselor dan pihak pengurusan maktab akan memberikan hasil yang positif ke arah pembentukan suatu negara bangsa yang bertamadun dan berdaya saing.

Dilahirkan pada 18 Februari 1992 di Hospital Alor Setar, Kedah. Memulakan kerjaya sebagai Guru MARA dalam bidang Kaunseling & Bimbingan di MRSM Lenggong pada 10 April 2017 sehingga sekarang.

Pada tahun 2015, beliau berjaya memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Kaunselor (KB06304) dengan cemerlang. Kemudian diikuti dengan Pensijilan Bengkel Ujian Personaliti Sidek Noah Edisi Terbaru.

Dengan watak beliau yang begitu rapat dan mesra dengan pelajar menjadikan Cik Syahirah begitu aktif memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada warga pelajar MRSM Lenggong khususnya di kalangan pelajar-pelajar menengah atas. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya.

Adalah menjadi harapan beliau selaku Kaunselor Pelajar di MRSM Lenggong agar seluruh warga anak didik MRSM Lenggong berupaya mencipta kejayaan gemilang dan terbilang.