Dilahirkan pada 7 Februari 1966 Parit Buntar, Perak. Mula berkhidmat dengan MARA pada tahun 1991 sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (PPEE) di Pejabat MARA Negeri Melaka. Kemudian En. Abdul Halim berpindah ke Pejabat MARA Negeri Kedah pada tahun 1994.

Seterusnya pada tahun yang sama juga, En. Abdul Halim telah dilantik sebagai Penolong Pegawai MARA Daerah Sik, Kedah. Pada tahun 2004, En. Abdul Halim berpindah ke Syarikat Kenderaan Bas MARA Wilayah Utara sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi. En. Abdul Halim memulakan khidmat di MRSM Lenggong pada tahun 2005 sebagai Penolong Pegawai Tadbir (PPTK) sehingga sekarang.

Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 di MRSM Lenggong. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya.  

Berprinsipkan 'hari ini lebih baik dari semalam, adalah menjadi harapan beliau MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, soleh dan serba boleh yang mampu berdaya saing di peringkat global dan seterusnya membawa nama MRSM Lenggong terkenal di mana sahaja mereka berada.