Pengenalan

Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Lenggong merupakan satu unit terpenting dalam memberikan khidmat nasihat, pandangan, bimbingan, panduan kerjaya, dan sebagainya kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar MRSM Lenggong. Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Lenggong dikendalikan oleh 2 orang guru Bimbingan dan Kaunseling yang begitu aktif dan berpengalaman dalam mengendalikan permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan pelajar dan juga di kalangan pelajar.

En. Zulfahmy bin Mukhtar dan Pn. Norashikin binti Mohd Nasir merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah lama dkenali oleh pelajar-pelajar MRSM Lenggong, di samping sumbangan di peringkat MARA dan MRSM.

Antara program-program bimbingan dan kaunseling adalah:

1. Program Re-Orientasi Tingkatan 2, 3 dan 5 pada awal sesi persekolahan pada 13 - 15 Januari 2015.
2. Program Mentor-Mentee Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong (Pelajar Tahun 6) bermula pada 29 Januari 2015 sehingga 17 April 2015.
3. Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Tingkatan 1 & 4 pada 5 - 8 April 2015.
4. Program Reward Pelajar Tingkatan 3 (3.50 ke atas) pada 14 Januari 2015.
5. Program Love & Care Pelajar Tingkatan 1 sempena Minggu Aktiviti Semester 1 2015 pada 2 Mac 2015.
6. Ceramah bertajuk Creative Thinking kepada pelajar-pelajar IKM Beseri, Perlis pada 10 Mac 2015.
7. Seminar UPSR Sekolah-Sekolah sekitar Parlimen Lenggong pada 29 Mac 2015.
8. Lawatan Pelajar Tingkatan 3 ke MRSM Taiping pada 31 Mac 2015.
9. Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar (Presiden Homeroom, Timbalan Presiden Kelas, Setiausaha Homeroom, Bendahari Kelas, Ketua Aras Pelajar dan sebagainya pada 3 - 5 April 2015.
10. Program Studython Sesi Pertama Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong bertempat di Kem Mawaddah Resort Chalet & Training, Batu Kurau pada 24 - 26 April 2015.
11. Seminar Peperiksaan SPM Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 9 Mei 2015.
12. Seminar Peperiksaan PT3 Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 10 Mei 2015.
13. Program Jom Masuk MRSM Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 16 Mei 2015.
14. Program Studython Sesi Kedua Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong bertempat di Kem Mawaddah Resort Chalet & Training, Batu Kurau pada 31 Julai - 2 Ogos 2015.

Aktiviti-Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling