Dilahirkan pada 5 Januari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Mula berkhidmat dengan MARA di IKM Lumut, Perak pada tahun 2002 sehingga 2010 sebagai Guru Matematik. Beliau kemudian berpindah ke IKM Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2011 sehingga 2015 sebagai Ketua Jabatan Pengajian Am.

Seterusnya En. Zullkifli dipindahkan ke KKTM Lenggong, Perak pada Julai hingga Ogos 2015. Kemudian pada bulan Oktober 2015 di MRSM Lenggong, En. Zullkifli dilantik sebagai Timbalan Pengetua Ko Kurikulum (TPKO) sehingga sekarang.

Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 di IKM Lumut, Perak, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di IKM Kota Kinabalu, Sabah. Beliau turut menerima Anugerah Emas Konvensyen Zon Persekitaran Berkualiti 5S peringkat Wilayah Sabah dan Sarawak pada 3 - 4 Julai 2013.

Beliau juga banyak memberi sumbangan di dalam bidang sukan dan pengiktirafan di peringkat daerah, kebangsaan dan MARA. Antara sumbangan utama beliau ialah menjadi jurulatih pencak silat daerah Manjung, Perak pada tahun 2007, menjadi pengadil kejohanan ping pong ILP peringkat zon timur (Sabah & Sarawak) pada tahun 2011.

Beliau juga antara individu yang bertanggungjawab mendapatkan pengiktirafan MQA bagi IKM Kota Kinabalu serta bergiat aktif dalam program pembangunan silat khususnya Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Beliau juga merupakan jurulatih bertauliah Pertubuhan Seni Silat Gayong (PSSGM) sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MARA khususnya.

Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Ko Kurikulum di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih cergas dan cerdas dari segi pemikiran, tindakan dan perwatakan dan seterusnya berupaya memberi nilai tambah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan alaf baru.