Dilahirkan pada 07 Januari 1975 di Kulim, Kedah. Mula berkhidmat dengan MARA di MRSM Lenggong, Perak pada tahun 2002 sehingga sekarang selaku Guru Kemahiran Hidup.

Seterusnya En. Ali Shafiee dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains Sosial (KJSS) sehingga sekarang. Pada Julai 2018, beliau dilantik sebagai Pemangku Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP).

Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang holistik, dinamik dan berkarisma yang mampu mengangkat martabat agama, bangsa dan negara.