Dilahirkan pada 16 Februari 1960 di Taiping, Perak. Mula berkhidmat dengan MARA di MRSM Kulim, Kedah pada tahun 1984 sebagai Guru Fizik sehingga tahun 1999. Pada tahun yang sama juga, En. Ahmad Ridzuan berkhidmat untuk Kolej MARA Kulim.

Seterusnya En. Ahmad Ridzuan berpindah ke MRSM Taiping pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2006, beliau dilantik selaku Ketua Jabatan Sains sehingga tahun 2010.

Pada tahun 2010, En. Ahmad Ridzuan dipindahkan ke MRSM Lenggong untuk dilantik sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (TPHEA) sehingga sekarang.

Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1995 di MRSM Kulim. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya.

Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (TPHEA) di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, soleh dan serba boleh yang mampu berdaya saing di peringkat global dan seterusnya membawa nama MRSM Lenggong terkenal di mana sahaja mereka berada.