Laman Utama > Hal Ehwal Akademik

Hal Ehwal Akademik

Jabatan Sains
23 August 2017 10:47 PM
admin

 

Jabatan Bahasa
23 August 2017 10:46 PM
admin

 

Jabatan Matematik
21 February 2017 04:44 PM
admin

 

Jabatan Sains Sosial
23 August 2017 10:48 PM
admin

Kurikulum MRSM
23 March 2015 12:19 AM
adminac

Sila klik di sini untuk maklumat Kurikulum MRSM.

Unit Penilaian & Peperiksaan
23 August 2017 11:13 PM
adminac

1. Laman Unit Peperiksaan & Penilaian Maktab

2. Jawatankuasa


3. Program Esppng

Schoolwide Enrichment Model
25 March 2015 11:41 AM
adminac

Konsep Pelaksanaan Schoolwide Enrichment Model (SEM)

Pelaksanaan SEM di MRSM Lenggong adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan yang mencabar.

SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk meningkatkan pencapaian di bawah 'School Improvement Program'.

Pelajar pintar cerdas akan dapat menghabiskan kerja mereka dengan cepat. Mereka perlu diberi latihan tambahan untuk mengelakkan mereka bosan dalam kelas, 'Kaedah Compacting & Diffrentation' diamalkan dalam proses pembelajaran. Mengikut Renzulli, kanak-kanak cacat disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran belajar. Mengapa pula kita tiada program untuk pelajar yang pintar cerdas.

Pelaksanaan  SEM  menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar yang membolehkan mereka mengenalpasti minat dan seterusnya memperkembangkannya melalui 'The Enrichment Triad Model' dengan pengalaman Pengayaan Type 1, Pengayaan Type 2 dan Pengayaan Type 3.

Pengayaan Type 1

Pelajar diberikan pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiswa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, tayangan, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type II).

Pengayaan Type 2

Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti  penerapan kemahiran dan emosi afektif. Semua pelajar diberikan kemahiran genetik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oelh pelajar dalam proses penyelidikan mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.

Pengayaan Type 3

Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar akan menjalankan aktiviti penyiasatan dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar akan berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik professional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi yang efektif yang diterapkan melalui Pengayaan Type II.

Pesta SEM TYPE 3 MRSM Lenggong yang berlangsung pada setiap tahun berjaya dijalankan dengan jayanya serta dilawati oleh guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah berhampiran. Di sini, pelaksanaan program SEM ini dapat di lihat sebagai suatu pendekatan pendidikan yang istimewa dalam melahirkan profesional yang melalui proses rutin dalam mengkaji dan menghasilkan sesuatu dapatan dan produk.


Aktiviti SEM di MRSM Lenggong

 

Pusat Sumber Pembelajaran
23 August 2017 11:44 PM
adminac

Pusat Sumber MRSM Lenggong terletak di aras dua dan tiga blok akademik. Ia merupakan pusat pembelajaran bersepadu yang mengandungi pelbagai bahan bacaan dan sumber pembelajaran dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.

Pusat sumber diuruskan secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan MARA.

Pelajar dibenarkan untuk meminjam pelbagai jenis bahan bacaan mengikut kuota yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pusat sumber. Pusat sumber ini dibuka sepanjang masa termasuk waktu malam yang hanya dikhaskan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 sahaja. Masa operasi adalah keutamaan pada waktu bekerja. Manakala pada sebelah malam dibuka sehingga 11.00 malam.

 

 

Keputusan Peperiksaan
30 April 2017 02:31 PM
adminac

1. Peperiksaan Semester 1 2017 

2. Keputusan Ujian 1 Semester 1 2017 

3. Keputusan Ujian 2 & Pertengahan Semester 1 2017 

Keputusan Ujian & Peperiksaan
28 August 2017 03:41 PM
adminac

Sesuai untuk Internet Explorer sahaja.

Muat Turun Jadual
23 August 2017 09:43 PM
adminac

. Jadual Perancangan Akademik Semester 2 2017
. Jadual Kerja PT3 2017
. Jadual Waktu PT3 2017_Calon Biasa
. Jadual Waktu SPM 2017_Calon Biasa