Pentadbiran
Pengetua Cemerlang
16 July 2017 11:48 AM
adminac
Perkhidmatan Tn. Hj. Sulaiman dengan MARA bermula pada Januari 1989 dengan berkhidmat di MRSM Terendak, Melaka selaku Guru Fizik. Beliau kemudian berpindah ke MRSM YT Besut, Terengganu pada tahun 1995 sebagai Ketua Jabatan Sains. Seterusnya pada tahun 2003, beliau berpindah pula MRSM Kota Putra, Terengganu. Pada tahun 2008, Tn. Hj. Sulaiman berpindah ke MRSM Tawau, Sabah untuk dilantik sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (HEA) sehingga tahun 2010. Kemudian pada tahun 2011, Tn. Hj. Sulaiman dilantik pula sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (HEP) di MRSM Tun Ghazali Shafie (asal Kuala Lipis), Pahang sehingga tahun 2012. Pada tahun 2013, atas kepercayaan yang tinggi daripada pihak Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dan MARA, Tn. Hj. Sulaiman telah dilantik sebagai Pengetua di MRSM Lenggong, Perak sehingga sekarang. Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Melintang) 1997 dan 2003 semasa berkhidmat di MRSM YT Besut, Terengganu. Beliau juga berjaya dengan cemerlang sehingga mendapat Ijazah Sarjana Kepengetuaan (Master of Principalship) dari Universiti Malaya pada tahun 2012. Antara sumbangan utama sepanjang perkhidmatan dalam MRSM dan MARA adalah kemampuan beliau dalam melaksanakan perubahan di setiap MRSM yang beliau pernah berkhidmat. Sifat inovatif dan kreatif yang ada dalam diri beliau diterjemahkan dalam bentuk penambahbaikan prasarana yang ada di setiap maktab yang beliau berkhidmat terutamanya di MRSM Lenggong. Pelbagai prasarana terkini telah berjaya disediakan khususnya kepada para pelajar MRSM Lenggong di beberapa lokasi yang sesuai dan bermanfaat kepada pelajar. Pengembangan bakat dan potensi diri pelajar juga sedaya upaya dicungkil melalui beberapa kemudahan seperti bilik muzik, litar lumba, sukan memanah dan sebagainya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Pengetua agar MRSM Lenggong menjadi sebuah organisasi yang amanah, unggul dan diberkati. Beliau juga mengharapkan agar MRSM Lenggong mampu mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan berkualiti di samping mempunyai prasarana yang lengkap bagi membangunkan modal insan dan bakat para pelajar dalam pelbagai bidang sebagai persiapan kepada para pelajar di Abad ke-21 ini.
Dilahirkan pada 10 Julai 1963 di Kelantan. Tn. Hj. Sulaiman melanjutkan pengajian peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Fizik. Beliau kemudian meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang sama, juga di Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian pasca ijazah sehingga mendapat Ijazah Sarjana Kepengetuaan (Master of Principalship) dari Universiti Malaya pada tahun 2012.
06 January 2018 11:04 PM
adminac
Dilahirkan pada 16 Februari 1960 di Taiping, Perak. Mula berkhidmat dengan MARA di MRSM Kulim, Kedah pada tahun 1984 sebagai Guru Fizik sehingga tahun 1999. Pada tahun yang sama juga, En. Ahmad Ridzuan berkhidmat untuk Kolej MARA Kulim. Seterusnya En. Ahmad Ridzuan berpindah ke MRSM Taiping pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2006, beliau dilantik selaku Ketua Jabatan Sains sehingga tahun 2010. Pada tahun 2010, En. Ahmad Ridzuan dipindahkan ke MRSM Lenggong untuk dilantik sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (TPHEA) sehingga sekarang. Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1995 di MRSM Kulim. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (TPHEA) di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, soleh dan serba boleh yang mampu berdaya saing di peringkat global dan seterusnya membawa nama MRSM Lenggong terkenal di mana sahaja mereka berada.
06 January 2018 11:05 PM
adminac
Dilahirkan pada 27 September 1974 di Machang, Kelantan. Mula berkhidmat dengan MARA di MRSM Gerik, Perak pada tahun 1998 sehingga 2008 selaku Guru Pendidikan Jasmani. Beliau kemudian berpindah ke MRSM Pengkalan Hulu pada tahun 2008 sehingga 2009. Seterusnya En. Mohd Zamzuri dipindahkan ke MRSM Lenggong pada tahun 2009 selaku Timbalan Pengetua Ko-Kurikulum (TPKO) sehingga tahun 2012. Kemudian pada tahun 2012 di MRSM Lenggong juga, En. Mohd Zamzuri dilantik sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) sehingga sekarang. Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003 di MRSM Gerik, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 di MRSM Pengkalan Hulu dan Calon Anugerah Guru Aktif Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan (MARA) 2000. Beliau juga banyak memberi sumbangan di dalam bidang sukan peringkat daerah, kebangsaan dan MARA. Antara sumbangan utama beliau ialah menjadi pengadil hoki peringkat daerah Hulu Perak bermula tahun 2005 sehingga kini, jurulatih hoki peringkat negeri dari tahun 2006 sehingga tahun 2009, penggubal modul ko-kurikulum MRSM, penggubal modul aktiviti kepimpinan untuk Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP) Lenggong, serta jurulatih bagi MARA On Boarding Programmes sejak tahun 2012 sehingga sekarang. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang holistik, dinamik dan berkarisma yang mampu mengangkat martabat agama, bangsa dan negara.
06 January 2018 11:03 PM
adminac
Dilahirkan pada 5 Januari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Mula berkhidmat dengan MARA di IKM Lumut, Perak pada tahun 2002 sehingga 2010 sebagai Guru Matematik. Beliau kemudian berpindah ke IKM Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2011 sehingga 2015 sebagai Ketua Jabatan Pengajian Am. Seterusnya En. Zullkifli dipindahkan ke KKTM Lenggong, Perak pada Julai hingga Ogos 2015. Kemudian pada bulan Oktober 2015 di MRSM Lenggong, En. Zullkifli dilantik sebagai Timbalan Pengetua Ko Kurikulum (TPKO) sehingga sekarang. Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 di IKM Lumut, Perak, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di IKM Kota Kinabalu, Sabah. Beliau turut menerima Anugerah Emas Konvensyen Zon Persekitaran Berkualiti 5S peringkat Wilayah Sabah dan Sarawak pada 3 - 4 Julai 2013. Beliau juga banyak memberi sumbangan di dalam bidang sukan dan pengiktirafan di peringkat daerah, kebangsaan dan MARA. Antara sumbangan utama beliau ialah menjadi jurulatih pencak silat daerah Manjung, Perak pada tahun 2007, menjadi pengadil kejohanan ping pong ILP peringkat zon timur (Sabah & Sarawak) pada tahun 2011. Beliau juga antara individu yang bertanggungjawab mendapatkan pengiktirafan MQA bagi IKM Kota Kinabalu serta bergiat aktif dalam program pembangunan silat khususnya Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Beliau juga merupakan jurulatih bertauliah Pertubuhan Seni Silat Gayong (PSSGM) sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MARA khususnya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Timbalan Pengetua Ko Kurikulum di MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih cergas dan cerdas dari segi pemikiran, tindakan dan perwatakan dan seterusnya berupaya memberi nilai tambah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan alaf baru.
03 April 2016 02:19 PM
adminac
Dilahirkan pada 7 Februari 1966 Parit Buntar, Perak. Mula berkhidmat dengan MARA pada tahun 1991 sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (PPEE) di Pejabat MARA Negeri Melaka. Kemudian En. Abdul Halim berpindah ke Pejabat MARA Negeri Kedah pada tahun 1994.
Seterusnya pada tahun yang sama juga, En. Abdul Halim telah dilantik sebagai Penolong Pegawai MARA Daerah Sik, Kedah. Pada tahun 2004, En. Abdul Halim berpindah ke Syarikat Kenderaan Bas MARA Wilayah Utara sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi. En. Abdul Halim memulakan khidmat di MRSM Lenggong pada tahun 2005 sebagai Penolong Pegawai Tadbir (PPTK) sehingga sekarang. Antara pencapaian beliau ialah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 di MRSM Lenggong. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya. Berprinsipkan 'hari ini lebih baik dari semalam, adalah menjadi harapan beliau MRSM Lenggong agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, soleh dan serba boleh yang mampu berdaya saing di peringkat global dan seterusnya membawa nama MRSM Lenggong terkenal di mana sahaja mereka berada.
01 March 2018 11:09 PM
adminac
Dilahirkan pada 15 Disember 1972 di Bagai Serai, Perak. Memulakan kerjaya sebagai Guru MARA dalam bidang Kaunseling & Bimbingan di MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan pada tahun 1997 sehingga tahun 2006. Kemudian pada tahun 2007, En. Zulfahmy telah berpindah ke MRSM Taiping sehingga Jun 2010. Di sini khidmat sumbangan En. Zulfahmy lebih mencabar kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pintar dan berintelektual. Seterusnya pada tahun 2010 juga, En. Zulfahmy telah berpindah ke MRSM Lenggong sehingga sekarang. Pada tahun 2009, beliau berjaya memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Kaunselor dengan cemerlang. Kemudian diikuti dengan Pensijilan Bengkel Ujian Personaliti Sidek Noah Edisi Terbaru. Dengan sifat beliau yang begitu rapat dan mesra dengan pelajar menjadikan En. Zulfahmy begitu aktif memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada warga pelajar MRSM Lenggong khususnya di kalangan pelajar-pelajar menengah rendah. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Kaunselor Pelajar di MRSM Lenggong agar seluruh warga anak didik MRSM Lenggong mampu memberikan suatu kebanggaan kepada warga MRSM Lenggong di dalam apa jua bidang yang diceburi pelajar. Semoga hasil usaha pihak Kaunselor dan pihak pengurusan maktab akan memberikan hasil yang positif ke arah pembentukan suatu negara bangsa yang bertamadun dan berdaya saing. Dilahirkan pada 18 Februari 1992 di Hospital Alor Setar, Kedah. Memulakan kerjaya sebagai Guru MARA dalam bidang Kaunseling & Bimbingan di MRSM Lenggong pada 10 April 2017 sehingga sekarang. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Kaunselor (KB06304) dengan cemerlang. Kemudian diikuti dengan Pensijilan Bengkel Ujian Personaliti Sidek Noah Edisi Terbaru. Dengan watak beliau yang begitu rapat dan mesra dengan pelajar menjadikan Cik Syahirah begitu aktif memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada warga pelajar MRSM Lenggong khususnya di kalangan pelajar-pelajar menengah atas. Terdapat pelbagai lagi sumbangan beliau yang tidak terhingga untuk MRSM dan MARA khususnya. Adalah menjadi harapan beliau selaku Kaunselor Pelajar di MRSM Lenggong agar seluruh warga anak didik MRSM Lenggong berupaya mencipta kejayaan gemilang dan terbilang.
23 August 2017 11:06 PM
adminac