Pembangunan Pelajar
Unit Warden
04 October 2016 10:31 PM
adminac
Jawatankuasa Pengurusan Asrama
03 February 2018 11:15 PM
adminac
Konsep Homeroom di MRSM Lenggong Konsep homeroom di MRSM adalah konsep di mana setiap pelajar yang mendaftar di MRSM akan ditempatkan dalam satu kumpulan yang tidak melebihi dari 15 orang yang dibimbing oleh seorang guru penasihat. Kumpulan pelajar ini dianggap sebagai satu keluarga harmoni yang hidup saling memerlukan dan berkerjasama antara satu sama lain. Sebarang masalah boleh diselesai bersama sambil dibimbing dan dinasihat oleh guru homeroom masing-masing. Penasihat homeroom akan bertindak sebagai ibu bapa atau penjaga kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan di bawah seliaan. 1. Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar. Aktiviti Homeroom di MRSM Lenggong 1. Perjumpaan Homeroom 2 kali seminggu iaitu setiap Isnin, jam 3.30 pm & setiap Jumaat, jam 9.25 pagi.
Pelaksanaan homeroom ini adalah bertujuan untuk:
2. Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan pelajar
3. Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah.
Senarai Homeroom di MRSM Lenggong
Jawatankuasa Homeroom di MRSM Lenggong
2. Senamrobik setiap petang Isnin, jam 5.30 petang mengikut giliran tingkatan.
3. Menganjurkan pertandingan antara homeroom menerusi pemarkahan merit & demerit.
4. Menganjurkan pertandingan memasak antara homeroom semasa Minggu Aktiviti Semester 1 2016.
5. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah keharmonian antara homeroom dengan guru penasihat.
6. Mengadakan lawatan 'benchmarking' ke MRSM Transkrian untuk perkongsian ilmu pengurusan homeroom secara lebih efektif lagi.
04 October 2016 10:38 PM
admin
PENGENALAN BWP Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar. Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar. Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Peranan atau tanggungjawab BWP adalah menaja, menganjur dan membantu mana-mana pihak dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada masa ke masa. Antara peranan BWP ialah : Menentukan pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya
MATLAMAT
Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :
JAWATANKUASA BWP SESI 2015/2016
PERANAN BWP
Membantu pihak maktab dalam menjayakan aktiviti
Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras dengan objektif
22 April 2015 09:33 PM
adminac
PENGENALAN LDP Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merupakan suatu badan organisasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang telah melalui proses temuduga dan tapisan secara terperinci sebelum dilantik ke jawatan di dalam badan ini. LDP juga boleh dianggap sebagai badan pengawas yang membantu guru disiplin dan warden asrama dalam memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak MRSM Lenggong. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) ini juga merupakan satu daripada cabang kegiatan ko kurikulum pelajar bagi membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab. MATLAMAT Mewujudkan suasana disiplin yang harmoni dan berakhlak mulia dalam kehidupan pelajar MRSM. Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak MRSM Lenggong, dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang amanah dan berintegriti. JAWATANKUASA LDP SESI 2014/2015
29 April 2016 12:46 AM
adminac
Pengenalan Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Lenggong merupakan satu unit terpenting dalam memberikan khidmat nasihat, pandangan, bimbingan, panduan kerjaya, dan sebagainya kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar MRSM Lenggong. Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Lenggong dikendalikan oleh 2 orang guru Bimbingan dan Kaunseling yang begitu aktif dan berpengalaman dalam mengendalikan permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan pelajar dan juga di kalangan pelajar. En. Zulfahmy bin Mukhtar dan Pn. Norashikin binti Mohd Nasir merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah lama dkenali oleh pelajar-pelajar MRSM Lenggong, di samping sumbangan di peringkat MARA dan MRSM. Antara program-program bimbingan dan kaunseling adalah: 1. Program Re-Orientasi Tingkatan 2, 3 dan 5 pada awal sesi persekolahan pada 13 - 15 Januari 2015. Aktiviti-Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Program Mentor-Mentee Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong (Pelajar Tahun 6) bermula pada 29 Januari 2015 sehingga 17 April 2015.
3. Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Tingkatan 1 & 4 pada 5 - 8 April 2015.
4. Program Reward Pelajar Tingkatan 3 (3.50 ke atas) pada 14 Januari 2015.
5. Program Love & Care Pelajar Tingkatan 1 sempena Minggu Aktiviti Semester 1 2015 pada 2 Mac 2015.
6. Ceramah bertajuk Creative Thinking kepada pelajar-pelajar IKM Beseri, Perlis pada 10 Mac 2015.
7. Seminar UPSR Sekolah-Sekolah sekitar Parlimen Lenggong pada 29 Mac 2015.
8. Lawatan Pelajar Tingkatan 3 ke MRSM Taiping pada 31 Mac 2015.
9. Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar (Presiden Homeroom, Timbalan Presiden Kelas, Setiausaha Homeroom, Bendahari Kelas, Ketua Aras Pelajar dan sebagainya pada 3 - 5 April 2015.
10. Program Studython Sesi Pertama Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong bertempat di Kem Mawaddah Resort Chalet & Training, Batu Kurau pada 24 - 26 April 2015.
11. Seminar Peperiksaan SPM Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 9 Mei 2015.
12. Seminar Peperiksaan PT3 Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 10 Mei 2015.
13. Program Jom Masuk MRSM Peringkat Daerah Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar pada 16 Mei 2015.
14. Program Studython Sesi Kedua Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Lenggong bertempat di Kem Mawaddah Resort Chalet & Training, Batu Kurau pada 31 Julai - 2 Ogos 2015.
06 April 2016 08:36 AM
admin
OBJEKTIF 1. Melahirkan para pelajar yang berkebolehan dan berjaya saing dalam menjana pembangunan sahsiah diri. Aktiviti Sepanjang Tahun 2014 - 2015
2. Melahirkan pelajar yang dinamik, proaktif, dan cemerlang dalam melestarikan modal insan sejajar dengan matlamat membentuk "Pelajar Pintar Soleh Serba Boleh"
1. Jualan Kad Salam Muhibbah.
2. Jualan "Request" sempena Hari Guru 2014/2015.
3. Pasar Malam setiap hujung minggu.
4. Jualan Harian.
5. Jualan "Request" sempena Minggu Peperiksaan.
6. Jualan sempena Karnival Muzik MRSM se-Malaysia.
7. Jualan sempena Minggu Bahasa.
8. Jualan sempena Minggu Aktiviti Sem I dan 2 2014/2015.
9. Tayangan filem pada hujung minggu.
14 August 2016 10:26 AM
adminac
Tafsiran a. 'Pakaian Rasmi' - pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar maktab. b. 'Pakaian Pilihan' - pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab, dan semasa keluar ke bandar atau pulang ke rumah. c. 'Pakaian Sukan & Permainan' - pakaian yang dipakai semasa menyertai acara-acara sukan, permainan dan riadah. d. 'Pakaian Aktiviti Ko-Kurikulum' - pakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan. e. 'Pakaian Pendidikan Jasmani' - pakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas pendidikan jasmani & kesihatan di luar bilik darjah. f. 'Pakaian Waktu Prep' - pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahan. g. 'Pakaian Outing' - pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan maktab sama ada ke keluar bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang bermalam atau cuti sekolah). h. 'Tutup Kepala' - pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, tudung dan sebagainya. i. 'Pakaian Solat Jumaat' - pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.
Gambarajah Etika Pakaian Pelajar MRSM Lenggong
09 October 2016 06:27 PM
adminac
Pengenalan Dalam usaha setiap homeroom mengumpul markah merit, mereka perlu berwaspada dengan disiplin mereka agar tidak dikenakan demerit atas segala kesalahan yang mereka lakukan. Dengan adanya sistem merit demerit ini diharapkan agar para pelajar berupaya menjaga dan membentuk sahsiah diri serta keperibadian yang sentiasa cemerlang dan unggul seiring dengan penerapan nilai MRSM iaitu Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik. Kesungguhan dan kerjasama jitu daripada semua guru adalah amat dihargai dalam usaha memacu kecemerlangan pelajar MRSM Lenggong samada dalam bidang kurikulum, ko kurikulum dan sahsiah. Ahli Jawatankuasa Merit Demerit
Program sistem merit demerit ini merupakan satu bentuk penilaian dan pengukuran bagi menilai prestasi setiap homeroom. Ia merupakan satu bentuk pertandingan antara homeroom yang melibatkan prosedur pengumpulan markah merit dari pelbagai sumber seperti pencapaian akademik, ko kurikulum, aktiviti homeroom, penglibatan pelajar secara individu atau berkumpulan, khidmat masyarakat dan sebagainya.
Format Penilaian Merit Demerit
04 March 2016 06:33 PM
adminac